Tuesday, June 28, 2011

Merepek

Aku cuma manusia biasa yang tinggal dimuka bumi. Cuma manusia biasa yang tiada kemahiran istimewa seperti bersukan tahap atlet, hensem tahap korea korea, pandai tahap genius seperti Einstein, cuma manusia biasa yang membosankan. Aku sudah bosan dengan propaganda media. Setiap pihak ada yang mahu itu, ada yang mahu ini. Semua mau jadi macam tuhan, yang mereka la yang selalu betul..

Aku cuma manusia yang slalu memerhati, memerhati apa yang selalu terjadi di dunia ini, terutamanya di zaman sekarang. Aku ibarat Anakin Skywalker, dulu aku mempunyai fikiran yang tipikal, aku berfikir secara tipikal dan aku hanya setuju tentang apa yang aku nampak, nampak BETUL, aku suka percaya benda yang aku percaya kerana aku pernah percaya bahawa benda itu betul, benda yang betul sehingga aku percaya yang tidak akan ada pihak lain yang akan tergores. Sekarang aku sudah menjadi Darth Vader, benda yang dulu aku agungkan agungkan menjadi benda yang aku amat bencikan. Benda yang aku sanggup juangkan menjadi benda yang aku ingin tentang habis habisan. Ini kerana apa yang aku percaya telah dikhianati oleh benda yang aku percaya, semakin aku cuba mendalami benda itu, semakin banyak kelemahan yang aku jumpa, apakah benda itu?

Aku cuma budak biasa yang sudah tidak cepat mempercayai sesuatu jika dipamerkan di media massa, sekarang aku cuma perlu dengar, lihat dan baca dan aku akan berfikir. Aku bukan fanatik politik, dan aku tidak senang dengan kedua dua pihak especially the Gahmen ngan the Opozisyen. Tetapi kita harus mengenali dua pihak ini demi masa depan kita dan generasi akan datang. Apa yang aku nampak masing masing ada ketamakan sendiri, agenda sendiri. Apa yang kita perlukan bukanlah pihak yang benar, tetapi ORANG yang benar, tidak kisah dari pihak mana untuk menghentikan segala korupsi yang menyusahkan hidup kebanyakan manusia biasa seperti aku yang tidak penting, yang cuma mendengar atau melihat berita, menunggu perkembangan terkini, kerja siang malam dengan susah, bayar cukai itu ini untuk ORANG lain pergunakan untuk kepentingan sendiri.

Aku tinggal di "tempat" yang sungguh tidak adil, dimana kebanyakan orang selalu pandang ke BELAKANG, selalu mengharapkan sesuatu dari masa LAMPAU untuk dijuangkan masa kini. Aku tinggal dimana KEBANYAKAN orang mengaku bahawa mereka la "group" yang terpilih, dan mereka la yang terhandal di dunia ini, mereka boleh menghina "group" lain, tetapi "group" lain tidak boleh menghina mereka. Aku tinggal di "tempat" yang amat tidak adil dimana kebanyakan anugerah diberi kepada orang yang BERKAITAN dan bukan orang yang layak.

Aku mempunyai keputusan yang boleh dikira puas hati dan sedap mata memandang untuk memohon biasiswa, tetapi tidak diterima bulat bulat, sedangkan orang yang teramatlah kaya, keputusan biasa malahan ada yang mengulang subjek boleh diterima permohonan, sedangkan TERPAMPANG di kebanyakan AKHBAR bahawa pemilihan akan lebih mendalam dan dikaji dengan betul. Ini la yang dinamakan TAHI LEMBU JANTAN. atau dalam englishnya, BULLSHIT. Ya, walaupun aku tahu ramai yang dapat berdasarkan Qualification, tetapi jika dilihat, mengapa KEBANYAKAN yang kaya boleh dipilih, sedangkan golongan seperti aku yang cuma tergolong dalam group MIDDLE income dan juga LOW income kurang diberi perhatian.

Aku juga cuma insan biasa yang boleh berfikir dengan jelas. Mengapa satu perhimpunan yang terang terang di justifikasikan objektifnya di laman web, tanpa memakai senjata, boleh dilabelkan menggugat NATIONAL security, sampai ada yang mengaitkannya dengan Holocaust, dan lebih LAWAK, sesiapa yang yang mengikuti perhimpunan itu adalah MURTAD. Aku cuma boleh ketawa sepuasnya dengan kebodohan mainan politik ini, bagaimana mereka suka mengaitkan sesuatu dan mempamerkannya di media massa anjingan mereka yang 100% berat sebelah ingin mencuci minda masyarakat yang hanya tahu menerima TAHI kroni kroni yang kemudiannya dimakan oleh MEDIA yang berat sebelah yang kemudian membahagikan TAHI itu kepada pendengar, penonton dan pembaca. Perhimpunan itu cuma mahukan keadilan agar tidak berlaku korupsi didalam satu perkara agar ianya BERSIH dari korupsi dan penipuan.

Aku tekan sekali lagi, aku bukan lah fanatik POLITIK yang menyokong mana mana pihak POLITIK yang suka memporak perandakan suasana aman dan harmoni kehidupan manusia, aku cuma berfikir secara logik, berdasarkan fikiran aku kerana setiap manusia mempunyai pemikiran sendiri, janganlah kita menjadi orang yang suka memakan TAHI dan mempercayai bulat bulat apa yang kita dengar.

Aku juga manusia biasa yang percaya bahawa KEAMANAN itu adalah penting. Islam, agama aku yang aku pegang, ialah agama yang diterangkan sebagai agama yang AMAN. Tetapi apa yang aku lihat, ada yang suka memburukkan AGAMA yang lain, post sana, post sini, share sana, share sini, tanpa memikirkan pihak lain yang mempunyai pegangan masing masing. Mengaku agama yang AMAN, tapi bagi kucar kacir orang, memaki sana sini, menuduh sana sini, itu salah, ini salah. Macam mana mau tunjukkan dengan orang lain yang agama kita ini aman seperti yang kita agung agungkan. Aku cuma mampu menggelengkan kepala aku sambil #Facepalm tengok ada member yang share share benda yang sensitif terutamanya kalo melibatkan agama lain. Yang aku paling lawak hari IBU haram, kononnya SESAT, bagi aku senang saja, ianya bermula dari objektif dan niat kita, ya aku tau mesti ada yang bakal berkata "WOI!! hari bu hari hari la sambut, buat apa hari ibu!!kalo kita sayang, mesti kita sambut hari hari HARAM!! SESAT!!" tapi tarikh tu la selain BIRTHDAY kita boleh bagi something yang special, bukan hari hari ibu kita nampak sebagai balasan mereka melahirkan dan membesarkan kita. Pastu lagi lawak, sudah ramai ramai post hari Ibu HARAM, x lama pastu hari bapa langsung tiada orang post hari bapa HARAM..amat amat LAWAK...


Aku tau mesti ada yang x setuju dengan aku. Aku x songkok dan serban, x janggut untuk bincangkan perkara macam ni, tapi hei, aku slaku manusia yang biasa berhak menyuarakan pendapat aku sendiri, everyone have their own perspective and belief, all we can do is respect their's, so that we can live in harmony.

P/S: What makes the world loses many people that can change the world??? the answer???
"Judging people by their appearance"
P/S/S: Just my 1 cent


Peace bebeh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails