Saturday, December 27, 2008

Aku menjadi SENIOR sekali lagi..

29hb Disember ni blk UiTM,sampi2 jak kat asrama,trus kena bg slm "assalamualaikum abang"..muahahaha..lama uda x dgr perkataan tu lps hbs skul..trus jd sedey plak tiba2 teringat member2 di skul,fikir punya fikir,ak ni x la jahat jgk,tp x la baik betul,cuma nakal jak..kih3..pas ni ak jadi senior mcm dulu lg ka aa..ntah la..nnti la ak tgk..hahaha..tgk blk gmbr2 ni bikin ak rs best plak jd senior dulu..


Trip2 mau bwat yakult,jd la jgk skit..haha

Bwat muka sandi ramai2..haha

Saja minta puji ikut dikir barat..haha

jmpa kwn baru dr SMK bongawan trus bawa dia bwat lagak bodoh

bwat foodcourt jam 1 pagi..hihi

Melawat skolah slps digantung..huhu

Party last sblm tgglkn skolah..duit hasil jualan "panggung wayang" skolah kepada junior2..hehe

Perasmian Oreo secara x rasmi

Pemandangan indah lps main futsal..

jadi sawan tetiba..

aksi bodoh no.2..haha

Bergmbr ngan ketua pelajar SMSLD..haha

1st time dpt gaji di sutera harbour..muahaha

Memandangkn ak x jd pi matriks,so ak keseorangan di UiTM,takda member2 ak di sana,yg ada bekas2 senior ngan kwn2 pmpuan 1 batch ngan aku,tp x brapa rapat..nsb la ak dpt menyesuaikan diri d sn dan terjmpa geng2 baru,tp geng2 lama tetap x akan dilupakan..kui3..hrp kali ni thn ak menjadi senior akan jadi lebih best..haha..sekian


::.Aiya..sedeh ak..ilang uda gmbr ori dia ni.::

Tuesday, December 23, 2008

Lalalalalala...

Sememangnya manusia normal wajib merasai satu fenomena yang mereka tidak sukai.Fenomena ini membuatkan mereka membuat kerja yang bukan-bukan dengan kata lain,perkara yang mereka tidak biasa lakukan.Tahukah anda apakah fenomena tersebut?Fenomena tersebut ialah BORING ataupun dikenali sebagai BOSAN ataupun dalam sains digelar sebagai BORINGINUS SYNDROME.Fenomena inilah yang telah mendorong seorang insan bergelar afif untuk membuat kerja bodoh ini pada waktu 12.47AM bertarikh 24 Disember 2008.



1)Tahukah anda satu kajian mendapati bahawa manusia biasa boleh meneka bilakah malapetaka dahsyat akan berlaku.Ianya berlaku jika anda terlihat tanda berikut:



Kalau korang nampak benda ni,memang malang la hidup korang hari tu

2)Pernakah anda melihat satu filem yang bertajuk FINDING NEMO?Ending sebenar cerita itu telah dipotong kerana terlalu tidak sesuai untuk kanak-kanak melihatnya kerana watak nemo itu akhirnya terdampar di jepun dan menjadi..



Hmmm..macam sedap tau..

3)Oleh kerana pemain bola sepak Malaysia sering kalah,satu kaedah telah dirancang bagi pemain-pemain malaysia memantapkan lagi cara permainan mereka iaitu dengan bermain dilokasi seperti berikut...



Confirm malaysia dapat ranking no.1 dunia kalau dah kuasai padang cam ni


4)Sememangnya manusia inginkan pengaruh masyarakat untuk menjadi pemimpin dan pelbagai cara telah dibuat untuk mendapatkan pengaruh dari masyarakat contohnya..



Nampaknya calon presiden pompuan U.S ni mgkn x disukai ramai

5)Sememangnya kita mahukan kelainan pada barang-barangan milik kita contoh seperti barang di bawah ni..



x payah lagi pergi dapur amik air






P/S:SEMEMANGNYA POST INI TIADA KAITAN DENGAN FAKTA

Saturday, December 20, 2008

Apa la..


Negara sapa la ni?


Wei bro,buang tebiat ka??

Kalo dah bosan nmpk org yg sm,guna ni la..


Thursday, December 18, 2008

Result exam dah kuar

Result dah kuar dan ak amat kecewa dengan 3 subjek dibwh ini.

Paper BEL(english)

Jam 8 malam..

"wei,esok start exam"kawan
"rilex,paper BEL(english) jak pun"aku
"ya kan,tgk wyg kita di laptop aku mlm ni"kawan
"okai,wyg apa ada??"aku
"Mr.Bean,yg holiday2 tu.."kawan
"ok bha tu,jom tengok"aku

Jam 1 pagi..

"uina,jam 1 uda,esok BEL woi"aku
"bha,tido kita"kawan

Jam 6 pagi..

"bgn,mau exam uda kita"kawan
"hmm..bha bha.."aku

lps hbs 1st day exam..

"sng ka?"kawan
"boleh thn"aku

Last2 Paper BEL aku dapat B,ak target B+,tp apakan daya uda nasib..

Kesatria(kokurikulum)

"wei,ko mau turun ka kawad ni ari?"kawan
"nda la,mls aku,eskep kita?mls ak,skali jak bha"aku
"bha"kawan

brapa ari kemudian..

"tuan,napa dua kali saya kena tick nda hadir ni?"aku
"psl kamu eskep la"encik ambross
"tp skali jak sy eskep"aku
"napa ada 2??"tuan ambross
"kan tu ari suma class representative ada majlis pelancaran di dewan?"aku
"ko nda hntr surat pun,kena tolak la 16 markah kamu ni"tuan ambross
"#$#@!%$#@%$!!!!"aku

dan akhirnya,kokurikulum dpt B,padahal suma basic taraf ayam..senangnya kawad tu..boleh2 ak dpt B psl ak eskep skali sm tu pengajar kawad pandai2 tuduh ak eskep kali kedua..ujian bertulis dia pn tiba2 kuar psl kompas,mn ada kena ajar..palui..

Introduction to Hospitality(core subject)

"ok,klas,memandangkan kita teda masa untuk bwat test ke-2,saya bagi kamu take home test"Lecturer X

"yes,bleh meniru"aku

"Tp bukan sng tau,dan jika sama jawapan,orang tu dpt kosong dlm test ke-2 dan saya mau kamu antar besok"Lecturer X

"zzzZZzzz"aku

masa bwat take home test di bilik..jam 8 malam..

"gila,punya banyak,brapa jam mau bwat ni??"aku

jam 3 pagi..

"sial,punya byk,ngantuk aku"

keesokkan harinya..

"kamu semua buat salah,kamu 1 course saya bagi kosong untuk test ke-2"Lecturer X
"#$@#$@#$@#$@$#!!!!!!punya penat ak bwat tu,sudah printed..argghh,bwang duit,bwang masa bwang tenaga!!"aku

Masa Exam..

"eh,ni mana ada kena ajar ni?napa tiba2 kuar,buduh jgk"aku

Lepas hbs exam..

"wei,byk td soalan yg teda kn ajar kluar kan?"kawan
"ya,babi kan"aku

dan akhirnya aku mendapat C+ dlm subjek tu,tp ak masih bersyukur psl mampu untuk lulus,ak x suka repeat.

My result

Math=A+
CTU(subjek agama islam)=B+
M.I.C.E=B+
Principle of economy=B
Japan language=B
BEL=B
Kesatria=B
Hospitality=C+

Pointer aku=3.13







Wednesday, December 17, 2008

Kasut oo kasut..

Di zaman yang serba moden ni,kebanyakan lelaki yang tinggal kat bumi ni memilih kasut yang boleh menunjukkan kehebatan dan ke"macho"an diaorang dan oleh itu,kasut yang branded menjadi pilihan ramai.

Seperti yang kita tahu,kebanyakan kasut-kasut inilah yang sering menjadi idaman kita.





.::NIKE::.


.::ADIDAS::.

.::PUMA::.



.::DIADORA::.


.::Dan mcm-mcm lagi kasut yang branded::.



Akan tetapi,
peredaran masa juga membawa kita untuk melihat benda baru yang menakjubkan,so semasa aku sedang tgk kasut-kasut kat internet,aku ternampak benda ni.Apa yang anda bakal saksikan ini mungkin memedihkan mata.




Adakah anda merasakan diri anda MACHO kalau memakai kasut ini??





P/S:
Jika wujudnya kasut mcm ni,memang ayat "kaki ayam" akan pupus






Tuesday, December 16, 2008

Puisi jejaka bosan

Nampaknya awal aku bangun hari ni,
tgk jam 9,hmm awal masih,
tgk kat luar tingkap ada om berdiri,
"napa ada om ni??"tanya diri sendiri,
nampak mencurigakan,lalu aku pun lari,
berlari-lari anak menuju ke tepi,
mula risau,bapa mula dihubungi,
rupanya om nak bwat kerja sendiri,
hati mula rasa lega lalu ketawa sendiri,
tiba-tiba perut berbunyi,
turun ke bawah lalu mencari roti,
tengok kat cermin,rambut macam bob marley,
"sandinya rambut"bak kata hati,
lalu diri ini pun pergi mencari,
pergi mencari syampoo sendiri,
lima minit mencari-cari,
tak jumpa jgk,punya BABI!!,
"ish ish ish"terdetik di hati,
daripada memaki,lebih baik mengaji,
tiba-tiba terimbas kembali,
"alamak roti!!"terdetik di hati,
rupanya roti blm disentuh lagi,
pergi ke dapur,nak tgk roti,
rupanya roti dah takda lagi,
"ni mesti kerja adik ni",
"napa boleh jadi begini??",
"nak kena tumbuk budak ni",ikut kata hati,
tp perkara ni bukan hal besar mcm BABI,
senang settle mcm main guli..

P/S:tidak ditiru dan 100% original

Exam dan Kreativiti

Sememangnya kebanyakan manusia dilahirkan dengan akal yang sempurna.Cuma cara kita berfikir yang membezakan tahap IQ kita.Maka sememangnya wujud sesetengah individu yang mampu mengeluarkan jawapan yang logik namun tidak dapat diterima akal manusia tetapi itu merupakan satu kreativiti.
Berikut merupakan jawapan yg bernas apabila menjawab soalan yg amat sukar sekali,Biar salah,asalkan tak kosong seperti bak kata pepatah "Pantang undur kecuali babi"
















P/S:Hebatkan dorang jawab soalan susah terutamanya subjek ADDMATH

Saturday, December 13, 2008

Fakta atau Auta

Aku tau sesetengah kwn ak dah baca ni dulu,tp ada yg blom,so fakta ni khas untuk org yg blm baca.

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14.Tahukah anda sekuat-kuat manusia,amat sukar baginya untuk mengoyakkan wang rm100 kepunyaannya,

15.Tahukah anda bahawa power rangers merupakan makhluk paling pelik kerana mulutnya tidak bergerak walaupun bercakap.

16.Tahukah anda peninju yg kurus dan kecil boleh mengalahkan peninju yg tegap sekiranya peninju tegap tersebut tidak ada kaki dan tangan.

17.Tahukah anda bahawa susunan molekul air tidaklah semampat susunan molekul pepejal dan tidaklah berpisah jauh seperti susunan molekul gas,tetapi kajian mendapati wujudnya 1 bahan yang diklasifikasikan sebagai cecair tetapi susunan molekulnya seperti pepejal dan bahan tersebut ialah air besar.

18.Tahukah anda bahawa air paling panjang mengikut saintis barat ialah air LONGkang.

19.Tahukah anda bahawa air paling berani ialah air terjun.

20.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca fakta ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya

Anugerah bwat Artist..

1) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN

2) Kumpulan pekerja paling berjaya
O.A.G (om angkat gas)

3) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)

4) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

5) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

6) Kumpulan yang berkilat
KRISTAL

7) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

8) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

9) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

10) Kumpulan yang paling gemuk
TOO PHAT

11) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY

12) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

13 Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW

14) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET

15) Kumpulan yang buat show mengikut musim
IKLIM

16) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

17) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA

18) Kumpulan yang mengaku mereka ni lelaki species baru
NEW BOYZ

19) Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE

20) Kumpulan yang selalu merantau
XPDC


Friday, December 12, 2008

keja mamai waktu pagi..

Tiba2 ak tbgn dan ak nmpk komputer dpn mata tetiba ak on blogger lantas membwat keja ini..mcm lebih kepada survey jak neyh..


01. what is the most important thing in your life ?
~ Selain Agama,ilmu..

02. what is the last thing you bought with your own money
~ Zinger burger ala carte

03. where do you wish to get married ?
~ Di Malaysia jak la,susah2 lagik di tmpt len..

04. how old do you think you will get permanently owned by your lover ?
~ tgk la kalo panjang umur..

05. are you in love ?
~ nope

06. where was the last restaurant you had dinner at ?
~ McDonald 2 ari sm dorang pijan sm tamrin..

07. name the latest book you bought ?
~ Waaa...lama uda x beli buku woo

08. what is your full name ?
~ Abdul Afif Aizad Bin Hamdan

09. do you prefer mother or father?
~ dua2 leww...

10. name a person that you really wish to meet in your real life for the first time?
~ Nabi Muhammad..

11. christina or britney?
~ Christina la,britney butak..kwang kwang kwang

12. do you do your own laundry?
~ kadang2..

13. the most exciting place you want to go?
~Disneyland..

14. hugs or kisses ?
~ ............

15. point out five things about the person who tagged you
~ Bekas keps kami
~ Pakai spek
~ Ada kedai di 1XXXXXX
~ Pandai
~ Memperkenalkan tag

16. eight things i’m passionate about
~ Game
~ Lagu2
~ Henpon
~ Momom
~ Movie
~ humour
~ hanging out wit friends

17. eight books i have read recently
~ Introduction to hospitality
~ Business Math
~ Kreko
~ Kamus Dewan
~ Kamus Longman
~ Buku math form 1 yg mau dibakar
~ Buku sekolah rendah yg baru jumpa
~ Komik buatan sekolah rendah yg mau dibakar
3 buku terakhir tu kenangan terakhir untuk 2 buku sblm dibakar..isk isk isk

18. eight songs i’ve been listening over and over again
~ Hot & cold-kate perry
~ lagu lily allen si tamrin..
~ My guardian angel
~ Closer by inoue joe(lagu intro naruto)
~ Lagu intro bleach yg baru2 ni..
~ Heroes come back-naruto opening
~ Lagu Teen Titan..ekekekekeke
~ Lagu Span Bob Seluar Empat Segi

19. eight things i learned this year
~ Hospitality
~ Meeting.Incentive.Convention.Exhibition(M.I.C.E)
~ Intro to Economy
~ Business Math
~ C.T.U(Subjek agama)
~ Bahasa university..kumpao=tambirang..kui3..
~ Jd rajin blajar
~ Blajar control macho...hahahahaha..


20. persons you tag
~ kiki
~ syam
~ bur
~ hanis
~ esah
~ Pulah


Wednesday, December 10, 2008

huh??nampaknya kisah tag ini blm berakhir...

Pada 11 disember 2008,seorang insan bernama abdul afif aizad telah meng"on"kan komputernya lantas meng"online"kan dirinya.Tepat pada jam 12.24PM,insan tersebut telah melawat blog rakannya iaitu syamrin yg dikenali sebagai tamrin,Fatin the Keps dan juga Doktor pakar Mummy,cik Amal lalu mendapat khabar bahawa dirinya telah ditag sekali lagi dgn cara yg BERBEDA..jadi,berikut adalah syarat-syarat baru yg telah diperkenalkan oleh mereka kepada insan bernama afif aizad ini.

Here are the rules ;

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.


(First)
#############################

Sudah aku buat

(Second)
#############################

dah ak bwat,tgk kat bwhla

(Third)
#############################

*Kuat makan tp x gemuk
*Malas bangun awal
*Kadang2 pemalas
*Suka bwat joke
*Suka minuman sejuk sahaja
*Suka pakai seluar pendek diumah dan di asrama..kui3..

(Fourth)
############################

Hanis
Beru
Pulah
Ajer
dan itu sahaja,yg lain uda ditag..kui3..

(Fifth)
###########################

Syamrin si Tamrin
Fatin the Keps
Amal Doktor Egypt

(Sixth)
###########################

Tgh diusahakan

Tuesday, December 9, 2008

Peribahasa yg dipertikaikan Kamus Dewan & Pustaka

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asyik nak berdating jer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke sukan Olimpik.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muka.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are & jgn jd mcm si "maikel jekson" tu.

Peribahasa: Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang Tong Garden lupakan pembungkus.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa org yg jatuh
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Seperti monyet duduk kat kerusi
Maknanya: Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......Pergi lah buat kerja!!!!!keh keh keh


p/s: Harap maaf jika menyinggung hati dan perasaan.

Kisah tag mengetag~~

Memandangkan ak baru saja melihat blog cik fatin,ak mendapati dia telah mengetag beberapa orang rakannya termasuk aku.Kisah tag mengetag ni disyaki dtgnya dr cik lee yana yg x diketahui identitinya dengan lanjut telah meng"influence"kan cik fatin untuk terus menge"tag" rakan-rakannya yg mempunyai blog untuk meneruskan hal tag mengetag ini...dan berikut adalah peraturannya..

Rules and Regulations:

1. Each player writes a little blog of 15 weird or little known facts about yourself.
2. People who gets tagged needs to state the rule clearly before hand.
3. At the end, you need to choose 10 people to tag and write their names down.
4. No Tags back!!!!

So kisah tag mengetag ini pun bermula apabila aku pn mendedahkan 15 fakta pelik tentang diri aku.

1.Seorang yg pendiam..tp apabila mula rapat ngan orang ak menjadi setan.

2.Seorang yg suka perasan tp itu kisah dulu kala

3.Seorang yg suka makan ayam dan tidak beberapa menyukai makanan lain terutamanya seafood.

4.Seorang yg x skema

5.Seorang yg x beberapa dikenali di sekolah(pada pendapat aku)

6.Baru mengenali rakan setingkatan(perempuan) ketika form 4..lmbt tu..

7.Seorang yg x pandai dlm hal blog..

8.Seorang orang..

9.Seorang orang yg pernah memiliki kucing yg bernama FIFI..nama tersebut diilhamkan dari
nama ak afif ditambah dgn huruf I dan dibuang huruf A.

10.Seorang yg tidak tahu menggunakan darab dalam bentuk lazim dlm subjek math hingga habis form 5,tp math tetap balance..kui3..

11.Seorang yg peramah(dianggap pelik oleh sesetengah org terutamanya insan yg bernama nurhanis arifah binti ismail)

12.Seorang yg pernah dibuli di sekolah agama dan membalas dendam di Universiti kepada si pembuli,si pembuli kini adalah seorang pondan..wakakakakak...

13.Seorang orang yg suka menimbulkan tanda tanya di otaknya dengan membuat andaian yg banyak tentang seseoarang.

14.Seorang yg berusaha menge"type" 14 fakta mengenainya dan no.14 termasuk.

15.Memandangkan syaratnya ada tertype weird,maka nombor 15 adalah nombor ganjil...

opsss..nmpknya ada penambahan dan ianya merupakan satu soalan yg sering dipertanyakan kepada diriku ini iaitu bagaimanakah ak mendapat nama ah peng so ak akan memberitahu hal berikut dlm fakta ke-16

16.Nama Ah peng muncul akibat satu perbuatan jahil sewaktu ak dalam tingkatan 2,memandangkan kelas aku,2 cygma selalu gabung ngan 2 delta sewaktu kelas agama,kami selalu berkata-kata dgn huruf NG di belakang setiap ayat kerana uztz kami adalah org terengganu(minta maaf byk2),so aku memanggil kawan ak faiz menjadi faing dan tiba2 dia memanggil ak afing,lalu nama tersebut didengari oleh rakan2 yg lain dan terjadinya Ah Peng.


dan memandangkan aku harus mengetag orang seterusnya,pembaca yg membaca blog ini pun 100% telah ditag dan anda harus mengetag rakan2 anda yg lain..

sekian..

Monday, December 8, 2008

Harga tandas 30sen????

Kebelakangan ini harga tandas amat mebimbangkan...sblm ni,kita dpt lihat bahawa harga normal bg setiap tandas awam cuma 20sen,tetapi disyaki apabila harga minyak naik,harga tandas awam pun seakan-akan menaikkan harganya..Ini terjadi di kampung X di mana tandasnya yg daif berharga 30sen untuk digunakan.Apakah perkara ini relevan kepada masyarakat??apakah faktor bagi kenaikan harga tandas awam ini?

*Kemudahan serba baru
Contohnya di shopping mall yg baru dibukak,pasti tandasnya membuatkan tetamu tandas berikut tersenyum kerana kemudahannya yg serba baru yg menyebabkan orang jakun(first time nmpk benda baru) tidak dapat menggunakan tandas dgn sebaiknya contohnya mencuci tgn kerana tidak tahu menggunakan paip serba baru itu.

Tapi kalau tandas tersebut mempunyai ciri2 diatas,ianya boleh dimaafkan,tetapi jika tandas2 awam yg normal tiba2 menaikkan harga menjadi 30sen,adakah itu WARAS?TIDAK,ini kerana harga minyak yg meningkat telah menurun sedikit tetapi tidak mempengaruhi harga tandas,memanglah barangan keperluan hidup makin mahal,tetapi dengan menaikkan harga penggunaan tandas awam memang tidak berbaloi sebaliknya "pengusaha tandas awam" boleh mencari inisiatif lain untuk mencari wang lebih untuk menanggung kos perbelanjaan yg meningkat baru2 ini,contohnya tuan2/puan2 mempunya duit rm50 kertas dan cuma 1 syiling bernilai 20sen,anda ingin ke tandas awam di kampung anda,stesen minyak pula berada berkilometer jauhnya,apabila anda pergi ketandas tersebut,anda kekurangan 10sen,lantas terpaksa menukar wang rm50 kepada duit kecil,pastinya ia mengambil masa dan 40% anda akan melepaskan "hajat besar" anda di kaunter tandas jika keaadaan terlalu kritikal dan anda pasti akan mendapat malu dan setelah anda masuk ke tandas awam tersebut,kemudahan yg disediakan amatlah daif,ini pasti akan menyebabkan anda menjadi berang,lainlah kalau perkara/hal ini terjadi di tandas shopping complex yg baru,anda yg berang membayar 30sen pasti akan tersenyum setelah memasuki tandas tersebut kerana ia berbaloi dari segi penggunaan Wang anda.

Fikir2kanlah dan selamat beramal =)

Future oil palm plantation manager



Hihi..dah "lama" x jenguk blog ni..Ak baru pulang dr kampung..nampaknya dah lebih 500 anak kelapa sawit ak,bapa aku ngan 3 org pekerja dah tanam...wooo...penat thp maksimum....zzzZZZzz...nampaknya kali ni ak korban baju kemeja aku ni menjadi uniform "Kerja" aku..dah rosak dah baju ni..ni kali terakhir dia nmpk bersih dan normal..lps tebas hutan 3 ekar..dah hancur dah baju ni ngan lumpur2nya skali...





Ni la ladang aku..ni baru intro..lps pi hujung tu,belok kiri,ada lagi 7 ekar..penat ak bjln..tp best gak timba ilmu perladangan ni..



Ni plak bapa ngan pakcik aku...cadang nak bwat "jambatan" supaya senang skit nak jalan...sblm ni jln dia teruk hbs smpi susah nak jln...nak bwat "jambatan" lg supaya adik ak x jatuh kat dlm parit tu..




kekeke.."jambatan" 1st ak...psl benda ni la lutut ak bengkak..tp x pa..."hensem" jgk ak tgk "jambatan" aku ni..

Friday, December 5, 2008

Bleach Manga Chapter 337 is out~

Yamamoto Taichou finally make his move to fight the damn arrancar~

Thursday, December 4, 2008

Petikan cerita "couple tu haram"

Mak memang ni mmg la bukan perfect,ak penah couple tp suma tu BODOH,kacau pmpuan mmg ada tp takda niat nak mengorat..ak baca crita ni brapa minggu yg lalu,kira2 nak dkt sebulan dah..meh kita suma meghayati crita dr seorang insan ni..

Bismillahirrahmanirrahim....

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..



Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "




Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya

*dipetik dari kisah seorang sahabat*

sekian,moga mendapat manfaat~

wassalam^^

diedit dgn emoticon sedikit oleh:Abdul Afif Aizad

The jinchuurikis

J

kalo tgk dr jari dorang,dlm bdn dorang ni bleh tau ada raksasa ekor brapa kat dlm~~
exp:tgk tgn naruto,dia tyg 9 jari,so dlm bdn dia ada musang ekor 9..kui3


p/s: Untuk yg tau psl naruto jer..kekekekkeke..confirm yg lain x phm apa yg ak type kat atas tu..ak pn sbnrnya bukan fanatik sgt ngan naruto,cuma skadar post sj2...kekekeke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails