Saturday, December 4, 2010

Kisah Illuminati dan Freemason

Abu merupakan seorang budak yang bersifat ingin tahu..Habis sahaja waktu sekolah, Abu pasti akan membaca buku yang berilmiah iaitu komik..ya komik..
Abu ingin memahami dunia komik dan begitu obses skali dengan komik..segala yang diperhatikannya di dunia ini dikaitkan dengan komik..

Pada suatu Hari yang indah.. Abu terdengar kisah sensasi mengenai Illuminati dan Freemason dari rakan rakan sekolah..
Sejak hari itu..persepsi dunia bagi Abu mula berubah..Abu mula tidak mempercayai apa yang dilihatnya..
Dunianya mula dipenuhi dengan konspirasi..

Selepas mendapat tahu pelbagai Konspirasi yang berkaitan dengan media dan politik..Abu ingin menyiasat sendiri mengenai Konspirasi Illuminati dan Freemason ini..
Selepas mendengar cerita Illuminati Dan Freemason dari rakannya..
Abu mula faham mengenai ciri ciri Illuminati dan Freemason dari perbualan dengan rakan rakannya iaitu:

1) Pyramid
2) Mata Satu
3) Hexagram
4) Checkerboard
Dan macam macam lagi..

Abu mula mencari bahan penyelidikannya dengan mencari symbol symbol Illuminati dan Freemason ini dengan mengaitkannya dengan mana mana objek yang mempunyai symbol seperti yang tertera di atas..

Pada suatu Hari, Abu terlihat sepasang kanak kanak bermain catur di taman permainan berdekatan dengan rumahnya..Beliau teringat yang Checkerboard merupakan salah satu symbol Illiminati seperti mana yang didengarinya dari rakan rakan



Lalu Abu berkata


"ini...ini..ini...ini..INI ILLUMINATI & FREEMASON!!!"

lantas kanak kanak itu pun terkejut dengan tingkah laku Abu..
Abu mula meluru ke tempat Kanak Kanak itu bermain catur lalu membuang Checkerboard Catur itu sambil berkata

"Hey budak budak..kamu tau x ini merupakan agenda Illuminati Dan Freemason..tengok la checkerboard Hitam Putih ni..ia melambangkan 2 dimensi berbeza dimana Dajjal akan muncul nanti"

Kanak kanak itu tidak mengerti lalu lari meninggalkan abu sambil menangis..
Abu tersenyum riang mengenai kejayaannya..

Lalu abu pun pulang ke rumahnya..
Semasa beliau sedang bersosial di Facebook beliau..
Beliau melihat Post yang berbunyi..

"Agenda Yahudi di Dalam Komputer anda"


Di dalam post tersebut..abu melihat bahawa ada gambar Hexagram Yahudi di dalam Laptop beliau..
Ianya terletak didalam File Microsoft Office dimana terdapat clip art-clip art yang sering digunakan..
Lalu Abu berkata

"ini...ini..ini...ini..INI ILLUMINATI & FREEMASON!!!"


Abu pun Lantas membaling Laptopnya hingga pecah kerana takut terpengaruh dengan agenda Illuminati dan Freemason..

Beliau mula panik dan bergegas ke ruang tamu rumahnya..
Tiba tiba mata Abu terpandang ke TV rumahnya..
Adiknya sedang menonton Wayang Monster Inc Disney Channel...
Abu terlihat bahawa ada 1 karakter di dalam muvie itu bermata satu



Lalu Abu berkata

"ini...ini..ini...ini..INI ILLUMINATI & FREEMASON!!!"

Lantas beliau meluru ke arah TV tersebut dan menerajang TV itu hingga pecah..
Kaki Abu tercedera apabila menerajang TV itu..
Abu pun berkata

"Ko tau x Makhluk bermata 1 tu mewakili Dajjal?? jangan ko terpengaruh dengan agenda mereka ni"

Adik Abu,iaitu Ali tergamam dengan perbuatan Abangnya itu..
Abu tidak kisah mengenai kecederaan yang dialaminya itu kerana beliau yakin beliau telah berjaya mengelakkan Adiknya daripada terpengaruh dengan Agenda Illuminati Dan Freemason..
Beliau pun tersenyum bangga dengan perbuatannya itu..

Masa berlalu..
Suatu Hari..Abu terdengar satu lagi kisah hangat mengenai Konspirasi Illuminati Iklan TV3 untuk hari raya..
Abu hanya terdengar mengenai bahagian

"Salah satu karakter dalam Iklan itu memakai Songkok Putih yang melambangkan Pope"

Abu teringat bahawa Ayahnya mempunyai Songkok Putih..



Lalu Abu pun berkata

"ini...ini..ini...ini..INI ILLUMINATI & FREEMASON!!!"

Abu terus berlari ke rumahnya..Beliau melihat Songkok Putih Ayahnya lalu membakarnya..
beliau merasa bangga..


Masa pun terus berlalu..
Kini Abu harus menduduki SPM..
ketika menjawab Soalan Matematik..Abu terpandang ke arah set geometri beliau..
Tiba tiba beliau mula perasan..beliau melihat betul betul ke arah Set geometri beliau..



Alat alat Geometri set tu seakan akan boleh membentuk satu symbol..
symbol yang kelihatan seperti


Lalu Abu bangun dan Menjerit ..


"ini...ini..ini...ini..INI ILLUMINATI & FREEMASON!!!"


-TAMAT-




P/S: Dealing with Conspiracy Theory is like Playing with Fire..The More you deal with..its get bigger and soon it will engulf you..


P/S/S: Cerita ini cerita dongeng semata mata..ianya merupakan cerita rakyat




Peace bebeh

6 comments:

CERITA LEBAT said...

kahkahkah...kesian Abu..

Hasrol Nizam said...

tension abu bila sekeliling dia penuh dgn illuminati/.haha

perlu ke word verification ni blogspot?

Fontonk said...

abu punya minda sudah kena kontol dgn konspirasi.
abu the saviour. haha

Fontonk said...

abu dgn aku tgk cerita National Treasure,
tiba tiba dia nampak mata satu, knight templar, die terus pecahkan skrin tv, aku menangis sbb tv tu flat skrin mak gua baru beli. Dahla flat skrin, gambar taknak 3D plak citer tuh. mmg gua panas en. HAHAHA

afif aizad said...

@Cerita Hebat & Hasrol Nizam
Hahaha..ni la diary kehidupan org yg obses ngan bnda ni

@Fontonk
bagus ko terajang la Abu ni..aku pn x tahan ngan perangai dia..hehehe

LOCKLUCK BEBENO said...

ADA CERITA DI SEBALIK ARTIKEL INI..
LIHAT LAH BAGAIMANA FREEMASON KONTROL MINDA KITA...ADA YG HANYA BERGELAK TAWA BILA ADA YG BERSIFAT SEDEMIKIAN..NAMUN KITA TAK TERDAYA MENGHALANG LG..MALAYSIA PON ADALAH NEGARA YG DI RANCANG..SKG YAHUDI FREEMASON SEDANG TARGET MELAYU ISLAM..SBB MELAYU ISLAM BYK YG JAHIL..DOA ADALAH SENJATA SETIAP MUKMIN..DEKATKAN HUBUNGAN DGN ALLAH..BERDOA DIJAUHI ANASIR2 JAHAT SYAITAN TERHADAP KITA..ALLAHU AKHBAR..SEDARLAH WAHAI MANUSIA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails